Berita Terkini! Berita Terkini! Berita Terkini! Gempa bumi lemah yang berukuran 3.3 pada skala Richter berlaku di Kuala Pilah, Negeri Sembilan, awal pagi ini. Gempa bumi yang berlaku jam 12.15 pagi dan berpusat di 22 kilometer timur Seremban, bagaimanapun tiada sebarang kecederaan dan kemusnahan dilaporkan.Isshhhhh... ishhhh... isshhh... meremang bulu romaku apabila menetap 'news' daripada Jabatan Meteorologi Malaysia. Jantungku berdegup kencang seperti baru sahaja selesai berlari mengelilingi Padang Merdeka. Adakah benar berita ini? Atau hanya spekulasi semata-mata. Walaupun kadangkala kita berasa sedikit gegaran akibat gempa bumi di negara jiran seperti Indonesia, tetapi berita kali ini, menggemparkan seluruh rakyat Malaysia kerana gempa bumi di negara sendiri.
2 comments:
Harap-harap kejadian ni tak berulang lagi...terutama seperti yang berlaku kat Padang, Indonesia...Nauuzubillahiminzalik.
kita patut bersyukur kerana negara kita terlepas dengan bencana alam seperti ini....
Post a Comment