Puteri mama & papa!!!

Puteri mama & papa!!!

Tuesday, December 8, 2009

Jaguh Renang





Cuti hujung minggu lepas, kami ke kolam renang Kelab Golf Kinrara. Puteri sangat teruja kerana kami membawanya ke sana. Apa tidaknya, setiap hari, dia akan bertanya kepada aku dan suamiku bila kami ingin membawanya ke swimming pool. Tengoklah betapa seronoknya puteri apabila berada di dalam air. Hahaha.. itulah ragam seorang anak kecil bernama puteri...

Friday, December 4, 2009

Gempa Landa Malaysia!!!

Berita Terkini! Berita Terkini! Berita Terkini! Gempa bumi lemah yang berukuran 3.3 pada skala Richter berlaku di Kuala Pilah, Negeri Sembilan, awal pagi ini. Gempa bumi yang berlaku jam 12.15 pagi dan berpusat di 22 kilometer timur Seremban, bagaimanapun tiada sebarang kecederaan dan kemusnahan dilaporkan.

Isshhhhh... ishhhh... isshhh... meremang bulu romaku apabila menetap 'news' daripada Jabatan Meteorologi Malaysia. Jantungku berdegup kencang seperti baru sahaja selesai berlari mengelilingi Padang Merdeka. Adakah benar berita ini? Atau hanya spekulasi semata-mata. Walaupun kadangkala kita berasa sedikit gegaran akibat gempa bumi di negara jiran seperti Indonesia, tetapi berita kali ini, menggemparkan seluruh rakyat Malaysia kerana gempa bumi di negara sendiri.

Kamek ke Muzium Sarawak...


Muzium Sarawak merupakan muzium yang terbaik antara yang pernah saya lawati. Pelbagai jenis spesies fauna dan flora, rangka manusia dan seni budaya masyarakat setempat dipamerkan di muzium tersebut yang tidak ada di muzium lain. Jadi, kepada yang pertama kali melawat Sarawak, jangan ketinggalan ke Muzium Sarawak yang menjanjikan pelbagai kelainan.

Kartun Oh Kartun...

Kartun... merupakan topik yang sering menjadi sebutan kanak-kanak. Ada pelbagai jenis kartun yg disiarkan di kaca televisyen antaranya Wonderpets, Dora Explorer, Spongebob, Sinchan, Doraemon, My Friends Tiger & Pooh, Handy Manny, Hugglytown Hero, Mickey Mouse, Tom & Jerry, Ben 10 dan pelbagai lagi.

Namun, pernahkah anda terfikir bahawa kartun banyak mempengaruhi kehidupan anak-anak kita? Tanpa disedari watak-watak di dalam kartun ini sedikit sebanyak akan mempengaruhi jiwa dan perwatakan mereka. Baik, pintar, ganas, perang dan segalanya akan mempengaruhi minda mereka seterusnya perkembangan emosi mereka.

Justeru, sebagai ibu bapa dan golongan dewasa, kita sepatutnya memilih dan mengehadkan apa yang boleh ditonton dan apa yang tidak boleh ditonton agar anak kita tidak terikut-ikut dengan perwatakan kartun tersebut.

Thursday, December 3, 2009

Talentime...


Talentime... Malam Anugerah Bintang Hatiku... Aku benar-benar teruja dengan persembahan pertama anakku pada malam itu. Tidakku sangka anak yang baru berusia 3 tahun, mampu memberikan persembahan yang memuaskan dan mencuit hati setiap hadirin..

Mutiara Papa & Mama....


Puteri Naura Antasyea Sofeeya... seindah nama seindah rupa anugerah Allah s.w.t... Anugerah yang tidak bernilai pemberianNya...

Sarawak.. Kamek datang bah!!!


Cuti ke Sarawak merupakan cuti yang paling menyeronokkan kerana Sarawak merupakan negeri yang terbesar di Malaysia dan mempunyai kepelbagaian seni budaya. Lawatan saya bersama keluarga kali ini ke Kuching iaitu ibu negeri Sarawak Bumi Kenyalang. Kuching adalah ibu negeri yang sinonim dengan lambang kucing. Di mana sahaja di Bandaraya Kuching, pelbagai bentuk dan rupa arca kucing dipamerkan di sepanjang bandar raya tersebut.

Jabatan Penerangan Malaysia

Jabatan Penerangan website... klik di sini